CIVIL DEFENCE EMERGENCY RESPOND TEAM (CDERT)

CIVIL DEFENCE EMERGENCY RESPOND TEAM

Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT) ditubuhkan pada 16 Mac 2006 berdasarkan kepada Arahan Jabatan Bil. 1 tahun 2006 di mana semua Pejabat Awam Negeri dan Daerah telah diarah melaksanakan Penubuhan pasukan CDERT di agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun.

TUJUAN PENUBUHAN

  1. Membantu mengurangkan kesan terhadap sesuatu kecemasan atau bencana di peringkat awal. Kesiapsiagaan terhadap sesuatu kecemasan diperingkat awal akan memberi “precaution atau preventive measure” yang baik kepada agensi atau pihak yang berkenaan demi jaminan “survival” agensi mereka.
  2. Penubuhan CDERT ini di agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun terpilih akan dapat membantu Jabatan melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan semasa keadaan kecemasan atau bencana yang memerlukan perkhidmatan Pertahanan Awam.
  3. Penubuhan CDERT oleh Jabatan adalah selaras dengan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Akta Kilang Dan Jentera 1967 yang berkehendakkan semua agensi atau pemilik menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat serta mempunyai tahap perlindungan tinggi daripada bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan atau kehilangan nyawa semasa melaksanakan perkhidmatan.
  4. Sesungguhnya impak / kesan daripada sesuatu kejadian kecemasan, kemalangan atau bencana sudah pasti amat memeritkan dan agak sukar diramalkan serta mendatangkan kerugian yang sukar diterima oleh individu, agensi atau syarikat yang terlibat.

SENARAI AGENSI YANG MEMPUNYAI CDERT

Senarai Agensi Kerajaan /Swasta Yang Telah Mempunyai Cdert

PENUBUHAN PEJABAT DAN PENEMPATAN

ANGGOTA SUKARELA TETAP PEJABAT (ASTP) DI IPT

BAGI KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA)

Bagi melancarkan lagi pengurusan pentadbiran dan aktiviti Pertahanan Awam di peringkat IPTA/S, pihak jabatan telah mengambil inisiatif bagi penubuhan Unit Pertahanan Awam Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SiSPA) dengan pembukaan ruang pejabat dan kemudahan pentadbiran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Segala perbelanjaan dan elaun bertugas dibiayai oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), manakala urusan lain dibuat secara bersama antara IPTA/S dan jabatan bagi meningkat program ini secara ’win-win situation’

Oleh itu JPAM Negeri Perlis dengan kerjasama pihak IPTA/S perlu membincang dan menyediakan maklumat untuk mewujudkan ruang kemudahan dan pejabat pentadbiran seperti berikut:

1. Ruang pejabat yang merangkumi kemudahan ICT, pengurusan fail, komunikasi dan seumpamanya.

2. Kemudahan latihan Pertahanan Awam dan bilik kuliah/kelas

3. Kenderaan dan logistik jika memenuhi keperluan

Pegawai/anggota yang bertugas sebagai ASTP harus memainkan peranan penting dalam pengurusan pentadbiran dan angkatan dalam SiSPA, seperti:

1. Penyediaan laporan terkini dan kemaskini maklumat anggota SiSPA

2. Penyediaan laporan bagi setiap latihan dan aktiviti

3. Merancang dan merangka Latihan Bersama/Asas/Luar/Eksesais dan lain-lain

4. Mensiap seragakan anggota dalam pengurusan bencana dan kecemasan

5. Menubuhkan kelab seperti Kelab Pertahanan Awam di peringkat IPTA/S

6. Mendokumentasikan setiap aktiviti Pertahanan Awam kepada Bahagian Perhubungan Awam Dan Dokumentasi (PRO) samada diperingkat negeri atau ibu pejabat

7. Menyediakan penyata elaun latihan dan operasi kepada bahagian kewangan negeri

8. Menyelaraskan jadual dan takwim latihan tahunan kepada Bahagian Pengurusan Angkatan dan Latihan di peringkat negeri

9. Mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan samada melalui media elektronik atau media cetak

10. Menjalinkan hubungan IPTA/S dengan JPAM dalam segala aktiviti

Perlantikan pegawai/anggota bertugas terdiri daripada bekas pelajar/graduan yang boleh berkerja pada waktu pejabat di antara 8.00 pagi-5.00 petang. Walaubagaimanapun pihak jabatan boleh melantik dikalangan anggota dari angkatan Pertahanan Awam yang sedia ada diperingkat negeri atau daerah untuk bertugas bagi memenuhi keperluan di unit SiSPA. Bagi anggota yang terdiri dari Unit SiSPA di IPTA/S yang berminat, mereka juga boleh bertugas sebagai ASTP di pejabat atau ditempat latihan sekiranya tidak menganggu perjalanan akademik di mana anggota itu menuntut.

Setiap penubuhan Unit SiSPA, JPAM hanya melantik sehingga empat orang ASTP sahaja yang bertugas untuk menyelia dan menguruskan hal ehwal anggota SiSPA. Bayaran elaun bagi ASTP dan anggota SiSPA yang bertugas di pejabat atau semasa latihan dan operasi juga tidak ada perbezaannya dengan anggota yang lain kerana setiap elaun dibayar dengan kadar RM 4.00 sejam dan RM 5.80 sejam bagi pegawai. Selain itu bagi anggota yang aktif, mereka juga akan dibayar bonus tahunan selain dapat menceburi dalam pelbagai bidang dan kemahiran menyelamat.

SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM

Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.

OBJEKTIF

  • Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen terhadap golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan Pertahanan Awam dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela.

  • Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam Pertahanan Awam.

  • Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab serta berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat menyumbangkan idea dan kepakaran akademik untuk memantapkan lagi pengurusan Pertahanan Awam.

KEANGGOTAAN

Pendaftaran untuk menyertai Kor SISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

i. Warganegara Malaysia.

ii. Pelajar-pelajar IPTA/ IPTS yang berusia 18 tahun ke atas.

iii. Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).

iv. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.

v. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPTA/ IPTS.

vi. Berdaftar sebagai anggota pasukan Pertahanan Awam Malaysia.

vii. Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.

Bilangan Kadet SISPA 2008

BAYARAN ELAUN

  • Anggota Kor SISPA yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan yang di anjurkan oleh Jabatan Pertahanan Awam. Latihan tersebut tidak termasuk latihan kokurikulum di IPTA/ IPTS.
  • Pegawai Penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
  • Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar aktiviti kokurikulum Kor SISPA akan dibayar oleh pihak universiti mengikut kadar IPTA/ IPTS masing-masing.

SUKATAN LATIHAN

  1. Pihak Pengurusan IPTA/IPTS adalah digalakkan untuk mengadakan kursus kokurikulum Kor SISPA selama 4 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan akan diadakan setiap semester.
  2. Anggota Kor SISPA akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam selama 4 semester. Sijil asas akan diberikan oleh Jabatan kepada mahasiswa yang menamatkan semester 2 dengan jayanya.
  3. Pada semester ketiga, Kor SISPA didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran.
  4. Pada semester keempat iaitu semester terakhir dan SISPA telah tamat dengan jayanya, mereka akan mendapat Sijil Tamat SISPA.
  5. Pelajar yang telah tamat 4 semester dengan jayanya akan meneruskan untuk menjadi anggota Pertahanan Awam di Unit SISPA. Mereka perlu bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti SISPA dan menjalani Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk memegang pangkat Leftenan Muda.
  6. Penilaian akan diadakan pada setiap akhir semester bagi melayakkan pelajar mendapat 1 jam kredit yang diiktiraf oleh IPTA/ IPTS.

Penilaian berterusan - 70%

Peperiksaan akhir - 30%

KADET PERTAHANAN AWAM (KAPA)

KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Matlamat penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan bertujuan memantapkan semangat patriotik, meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
  • Memberi kemahiran-kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa.

  • Memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan baik di sekolah atau luar sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.

  • Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taatsetia, cintakan sekolah dan negara.

  • Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan, pengorbanan dan kejujuran antara satu sama lain.

  • Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan di kalangan pelajar.

KEANGGOTAAN

Pendaftaran untuk menyertai Kadet Pertahanan Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

i. Pelajar-pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 20 tahun.

ii. Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).

iii. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.

iv. Mendapat kebenaran ibu bapa dan disokong oleh pihak sekolah.

v. Warganegara Malaysia.

vi. Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.

Bilangan Kadet Pertahanan Awam 2008

BAYARAN ELAUN

  • Anggota kadet tidak layak menerima sebarang elaun.

  • Guru Penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.

  • Guru Penasihat atau Guru Pembimbing Kadet TIDAK LAYAK menuntut sebarang elaun.

KAEDAH LATIHAN

Kuliah : Boleh dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau jurulatih bertauliah.

Praktikal : Dijalankan oleh jurulatih bertauliah dan dibantu oleh Guru Penyelaras Kadet.

Lawatan : Dijalankan sendiri oleh Guru Penyelaras.

Perkhemahan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing dengan bantuan jurulatih bertauliah Kerja Lapangan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.

Kerja Kumpulan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.

LATIHAN ORANG AWAM

LATIHAN ORANG AWAM

Untuk menjadikan rakyat Malaysia yang berwibawa, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah menubuhkan satu ruang khas latihan untuk orang awam. Latihan ini bertujuan untuk Menjadikan orang awam di Malaysia mahir dalam segi menyelamat dan peka terhadap bencana yang dihadapi di negara kita.

OBJEKTIF

  • Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam Malaysia.
  • Memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.
  • Usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai pertahanan awam Malaysia

JENIS LATIHAN

Latihan orang awam sehari ( 8 jam )

· Latihan ringkas dan padat dalam subjek menyelamat kecemasan, CPR, rawatan kecemasandan melawan kebakaran kecil dalam masa 1 hari

Latihan mengikut mata pelajaran

· Latihan pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi sama ada dalam subjek menyelamat atau pertolongan cemas atau melawan kebakaran

SESIAPAPUN BOLEH MEMOHON

1. Kakitangan kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Industri/Kilang dan Bekerja sendiri

2. Penubuhan bukan kerajaan ( NGO ), Penubuhan Siasah Dan Persatuan Penduduk Taman Perumahan atau Kampung

· Sijil penyertaan akan dikeluarkan dengan syarat umur 18 tahun keatas dan warganegara Malaysia.

· Latihan boleh dibuat di mana sahaja mengikut kesesuaian dan persetujuan bersama pemohon dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

· Semua pertanyaan dan Permohonan hendaklah dikemukakan ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang berhampiran

SYARAT MENJADI ANGGOTA

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas
  • Shat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
  • Kelulusan akademik sekurang-kurangnya darjah LCE/SRP/PMR
  • Tidak menyertai badan uniform yang lain
  • Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

LAPORAN LATIHAN ORANG AWAM

Laporan latihan orang awam bagi tahun 2008

SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM

SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM
Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :-

  • menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
  • diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
  • mempelajari ilmu Pertahanan Awam

OBJEKTIF

Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-

  • Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.
  • Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat
  • Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.

KEANGGOTAAN
Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam

i. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas. ii. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal. iii. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR. iv. Tidak menyertai badan beruniform yang lain. v. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

FAEDAH MENYERTAI ANGGOTA SUKARELAWAN

  • Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
  • Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
  • Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
  • Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
  • Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
  • Belajar tatacara berpakaian seragam
  • Dapat belajar seni mempertahankan diri
  • Dapat belajar membaca peta dan kompas
  • Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
  • Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
  • Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
  • Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
  • Dapat belajar asas kebombaan
  • Dapat belajar asas menyelamat
  • Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

  • Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
  • Mendapat elaun berkhidmat
  • Mendapat Uniform percuma
  • Menerima bounti (Saguhati) tahunan
  • Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia

CARA MEMOHON

Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

PERKHIDMATAN KECEMASAN 999

PERKHIDMATAN TALIAN KECEMASAN 999
Perkhidmatan yang dikenali sebagai Talian Kecemasan 991 telah memulakan perkhidmatan pada 20 Mei 1995 di Kuala Lumpur dan telah mendapat perhatian orang awam di Malaysia.Namun mulai tahun 2007 talian ini telah ditukar kepada Talian 999 yang melibatkan PERTAHANAN AWAM, POLIS , HOSPITAL, DAN BOMBA
TALIAN 999

Sebanyak 3 buah Pusat Panggilan MERS 999 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008 dan akan diperluaskan ke Seluruh Malaysia berjumlah 23 Pusat Panggilan MERS 999 .
Memandangkan perkhidmatan 999 ini adalah percuma , maka talian ini juga tidak terlepas dari panggilan palsu dan juga talian main-main seperti yang dialami oleh agensi penyelamat yang lain. Berdasarkan laporan terdapat sebanyak 32,707 panggilan telah diterima dan panggilan benar sebanyak 27,008 manakala selebihnya panggilan palsu, main-main dan kesilapan teknikal.