SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM

SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM
Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :-

  • menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
  • diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
  • mempelajari ilmu Pertahanan Awam

OBJEKTIF

Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-

  • Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.
  • Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat
  • Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.

KEANGGOTAAN
Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam

i. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas. ii. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal. iii. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR. iv. Tidak menyertai badan beruniform yang lain. v. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

FAEDAH MENYERTAI ANGGOTA SUKARELAWAN

  • Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
  • Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
  • Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
  • Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
  • Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
  • Belajar tatacara berpakaian seragam
  • Dapat belajar seni mempertahankan diri
  • Dapat belajar membaca peta dan kompas
  • Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
  • Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
  • Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
  • Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
  • Dapat belajar asas kebombaan
  • Dapat belajar asas menyelamat
  • Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

  • Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
  • Mendapat elaun berkhidmat
  • Mendapat Uniform percuma
  • Menerima bounti (Saguhati) tahunan
  • Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia

CARA MEMOHON

Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web Jabatan Pertahanan Awam Malaysia