KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA |
Matlamat penubuhan
OBJEKTIF |
- Memberi kemahiran-kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa.
- Memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan baik di sekolah atau luar sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.
- Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taatsetia, cintakan sekolah dan negara.
- Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan, pengorbanan dan kejujuran antara satu sama lain.
- Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan di kalangan pelajar.
KEANGGOTAAN |
Pendaftaran untuk menyertai Kadet Pertahanan Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
i. Pelajar-pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 20 tahun.
ii. Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).
iii. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
iv. Mendapat kebenaran ibu bapa dan disokong oleh pihak sekolah.
v. Warganegara Malaysia.
vi. Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.

BAYARAN ELAUN |
- Anggota kadet tidak layak menerima sebarang elaun.
- Guru Penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
-
Guru Penasihat atau Guru Pembimbing Kadet TIDAK LAYAK menuntut sebarang elaun.
KAEDAH LATIHAN |
Kuliah : Boleh dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau jurulatih bertauliah.
Praktikal : Dijalankan oleh jurulatih bertauliah dan dibantu oleh Guru Penyelaras Kadet.
Lawatan : Dijalankan sendiri oleh Guru Penyelaras.
Perkhemahan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing dengan bantuan
jurulatih bertauliah
Kerja Lapangan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.
Kerja Kumpulan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.